Keunikan rumah bujang berserambi berselasar di negeri Terengganu

Shamila Md Yahaya, (2014) Keunikan rumah bujang berserambi berselasar di negeri Terengganu. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Seni bina rumah Melayu tradisional adalah salah satu warisan pertukangan yang mencerminkan identiti masyarakat Melayu.Ianya bukan sahaja merupakan tempat tinggal malahan ia adalah cara hidup dan kebudayaan masyarakat Melayu itu.Keindahan dan keunikan yang terdapat pada reka bentuk warisan seni bina rumah Melayu tradisional adalah hasil pemikiran orang Melayu.Reka bentuk seni bina adalah satu hasil dari pengaruh kehidupan harian,kepercayaan,pegangan agama,amalan kebudayaan dan paling utama iaitu alam sekitar.Sebahagian besar rumah Melayu tradisional di Malaysia bertiang atau berpanggung kerana dapat mencegah dari banjir dan binatang berbisa. Tesis ini dihasilkan untuk mengetahui tentang seni bina Rumah Bujang Berserambi Berselasar di Negeri Terengganu. Kajian ini antara lain membuat pengkhususan ke atas seni bina rumah Melayu tradisional di Negeri Terengganu bagi melihat dengan lebih jelas akan keunikan yang terdapat disebalik reka bentuk rumah Melayu tradisional di Negeri Terengganu.Kajian ini diantara lain membuktikan bahawa reka bentuk rumah Melayu tradisional di Negeri Terengganu memberi identiti yang sangat istimewa kepada masyarakat Malaysia.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 13 Feb 2019 03:03
Last Modified: 25 Feb 2019 06:30
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10207
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item