Lambakan songket tiruan dalam pasaran songket asli Terengganu.

Farahana Mohd Yatim, (2014) Lambakan songket tiruan dalam pasaran songket asli Terengganu. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Kain songket asli Terengganu merupakan warisan yang mencerminkan identiti negeri tersebut.Proses penghasilannya yang rumit dan menggunakan seratus peratus bahan semulajadi menyebabkannya tergolong dalam jenis kain yang mahal dan mewah.Namun begitu,industri tenunan songket di negeri Terengganu semakin hari semakin membimbangkan.Situasi ini disebabkan oleh kewujudan lambakan songket tiruan dari negara luar.Industri tenunan songket Terengganu merupakan warisan yang perlu dipelihara.Oleh itu,objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan antara songket asli Terengganu dengan songket tiruan,faktor-faktor berlakunya lambakan songket tiruan dan kesan buruk daripada kewujudannya.Maklumat bagi tesis ini dikumpulkan dengan menggunakan kaedah pendekatan kualitatif seperti temubual bersama beberapa orang respondan dan membuat kajian lapangan di beberapa tempat perusahaan songket di sekitar negeri Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan isu lambakan songket tiruan merupakan isu yang perlu diberi perhatian kerana membawa kepada pelbagai kesan negatif terutamanya kepada pengusaha songket asli dan kerajaan negeri Terengganu.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 13 Feb 2019 03:06
Last Modified: 25 Feb 2019 06:29
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10206
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item