Perbandingan kisah Puteri Saadong di antara sumber bertulis dan sumber lisan di Bukit Marak, Kelantan

Muhammad Azwi Mehrat, (2014) Perbandingan kisah Puteri Saadong di antara sumber bertulis dan sumber lisan di Bukit Marak, Kelantan. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Kisah Puteri Saadong bermula sekitar kurun ke-17 dan beliau merupakan salah seorang pemerintah yang pernah memerintah negeri Kelantan.Kisah mengenai beliau acap kali diceritakan oleh masyarakat negeri Kelantan kerana ianya membawa banyak pengajaran dalam kehidupan mereka. Untuk objektif kajian ini,ianya melibatkan tiga objektif utama.Antaranya ialah untuk mendokumentasikan cerita Puteri Saadong berasakan sumber lisan.Kajian ini telah difokuskan pada versi penceritaan kisah Puteri Saadong di Bukit Marak,Kelantan.Versi penceritaan yang diceritakan oleh masyarakat di kawasan tersebut mengalami pelbagai unsur penambahan dan potongan dalamnkisah Puteri Saadong. Oleh itu,pengumpulan versi penceritaan telah dilakukan di sekitar Bukit Marak dengan menggunakan kaedah temu bual dan rakaman.Versi-versin tersebut dikumpul dan di dokumentasikan dalam penulisan dalam penyelidikan ini.Selain itu,objektif seterusnya adalah mengenalpasti perbezaan yang wujud dalam penulisan mengenai cerita Puteri Saadong melalui sumber yang berbeza.Berdasarkan penulisan yang diterbitkan,berlaku perbezaan penceritaan di antara pengkaji yang menggunakan sumber lisan dan manuskrip.Oleh itu,kaedah perbandingan telah dilakukan untuk mendapatkan plot-plot penceritaan utama yang membawa nilai mendalam kepada sejarah kesusasteraan negeri Kelantan.Objektif seterusnya ialah untuk mengabadikan memori tentang Puteri Saadong ke dalam bentuk produk yang boleh dikomersialkan.Untuk objektif ini,tiada sumber bertulis yang jelas mengenai produk yang sering digunakan oleh Puteri Saadong.Untuk mendapatkan produk yang sesuai untuk mengabadikan memori Puteri Saadong,pengkaji telah membangunkan produk tersebut melalui jawapan yang diterima melalui temu-bual dan borang soal-selidik.Secara kesuluruhannya,kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai versi yang ditemui di Bukit Marak.Pengkaji telah menyelaraskan versi yang dikumpul dengan membuat perbandingan dengan penulisan yang sudah diterbitkan demi mendapatkan plot-plot yang sesuai untuk di dokumentasikan.Hasil daripada kajian ini,beberapa saranan keusahawanan telah dibincangkan untuk mengabadikan memori Puteri Saadong.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 07 Mar 2019 03:46
Last Modified: 07 Mar 2019 03:46
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10204
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item