Wan Nur Azira Mohamad, (2014) Kajian rawatan bekam dalam kalangan masyarakat di Kelantan. [Undergraduate Final Year Project Report]
Full text not available from this repository.Abstract
Kajian ini merupakan kajian mengenai sistem rawatan bekam di Kelantan.Kajian ini menfokuskan kepada rawatan bekam yang dijalankan oleh pengamal perubatan rawatan bekam yang cukup popular dan mahir dalam bidang ini.Lazimnya,negeri Kelantan memang terkenal dengan sistem rawatan perubatan tradisional yang diamalkan sejak dari Zaman dahulu lagi.Kajian ini melibatkan penyelidikan secara terperinci tentang bidang rawatan bekam serta adab yang perlu ada dan jenis-jenis rawatan bekam.Dalam kajian ini juga untuk mengetahui penggunaan alatan dan kaedah rawatan bekam dalam mengubati penyakit.Kajian ini dijalankan keatas tukang bekam dan pesakit yang berada di kawasan Pasir Puteh,Kota Bharu dan Bachok dengan menggunakan metodologi kajian seperti temu bual,pemerhatian,kajian perpustakaan dan internet.Hasil dapatan kajian,pengkaji telah menemui semua jawapan dan menerangkan semua yang telah pengkaji perolehi daripada kajian yang dilakukan secara sistematik dan terperinci. Pada keseluruhannya,rawatan bekam berfungsi mengubati pelbagai jenis penyakit dengan menggunakan alatan yang disediakan dan mengikut kaedah-kaedah yang digunakan dalam rawatan tersebut dan memberi kesan kepada tubuh pesakit.
Item Type: | Undergraduate Final Year Project Report |
---|---|
Subjects: | R Medicine > R Medicine (General) |
Faculty: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
Depositing User: | Mr. Mohd. Fadzli Ismail |
Date Deposited: | 07 Mar 2019 03:46 |
Last Modified: | 07 Mar 2019 03:46 |
URI: | http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10203 |
Repository Statistic: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |