Istana Jahar : ruang dan peranan ruang di Istana Jahar serta asal usul Balai Tarik dan Balai Lintang.

Nur Najihah Norzaiman, (2014) Istana Jahar : ruang dan peranan ruang di Istana Jahar serta asal usul Balai Tarik dan Balai Lintang. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah tentang Istana Jahar.Istana Jahar pada mulanya dikenali dengan nama Istana Raja Bendahara.Istana ini mula dibina pada akhir zaman pemerintahan Sultan Muhammad II( 1837-1886) dan siap sepenuhnya pada tahun 1887.Objektif utama adalah untuk mengenalpasti ruang dan mengkaji peranan ruang di Istana Jahar setelah dijadikan Muzium Adat Istiadat.Untuk mengkaji asal usul Balai Tarik dan Balai Lintang juga merupakan objektif kajian ini.Pernyataan masalah dalam kajian ini adalah kurang kajian tentang ruang-ruang yang terdapat dalam Istana Jahar.Pernyataan masalah yang kedua adalah kurang pendedahan tentang peranan ruang di Istana Jahar setelah dijadikan muzium.Pernyataan masalah yang ketiga adalah kurangnya kajian yang lebih mendalam tentang asal usul Balai Tarik dan Balai Lintang.Antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk memperoleh maklumat tentang kajian ini adalah kaedah temubual,tinjauan,perpustakaan,lokasi kajian lapangan dan sumber internet.Hasil kajian yang diperoleh adalah dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang ruang dan peranan ruang di Istana Jahar.Peranan ruang di Istana Jahar telah berubah setelah dijadikan muzium.Kajian ini amat berguna kepada pelajar-pelajar dan untuk golongan yang berminat untuk mengkaji bangunan bersejarah.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 07 Mar 2019 03:48
Last Modified: 07 Mar 2019 03:48
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10202
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item