Penelitian terhadap pengaplikasian serta elemen emas dalam kalangan melayu Kelantan: satu kajian di bandar Kota Bharu

Shahidatul Akmal Ab Ghani, (2014) Penelitian terhadap pengaplikasian serta elemen emas dalam kalangan melayu Kelantan: satu kajian di bandar Kota Bharu. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Penyelidikan ini menceritakan tentang kelebihan emas dan nilai keaslian emas yang menarik terhadap golongan wanita Melayu Kota Bharu. Di dalam ini memuatkan tentang penglibatan wanita Kelantan memakai barangan kemas pada masa kini. Disini juga kita dapat melihat sejauhmana wanita di Kota Bharu meminati barangan kemas untuk dijadikan sebagai hiasan diri. Dalam konteks ini, objektif kajian yang dibuat adalah untuk mengkaji penglibatan wanita Melayu di Kota Bharu Kelantan memakai barangan kemas pada masa kini. Selain itu,objektif ini juga dibuat untuk mengkaji wanita Melayu di Kota Bharu Kelantan meminati barangan kemaas sebagai perhiasan pada diri. Disamping itu, untuk meneliti keunikan emas atau kelebihan emas terhadap golongan wanita di sekitar Kota Bharu Kelantan. Di samping itu,dalam kajian ini mempunyai permasalahan yang dikaji tentang kajian yang dibuat iaitu elemen emas dalam kalangan wanita Melayu di Kota Bharu Kelantan. Antara permasalahan yang timbul dalam kajian ini ialah nilai emas yang tinggi menyebabkan golongan wanita sukar untuk memiliki emas pada masa kini. Selain itu, bahan mentah yang sukar diperolehi untuk menjadikan emas sebagai alat perhiasan. Selain itu,dalam aspek pertukangan barangan emas pula,negara kekurangan pakar kemahiran dalam penghasilan barangan emas. Selain itu, dalam kajian ini juga pengkaji telah membuat analisis kajian di sekitar Kota Bharu Kelantan. Dalam analisis ini, pengkaji dapat mengenal pasti tentang keunikan golongan wanita Melayu di Kota Bharu yang suka memiliki dan memakai perhiasan emas. Antara keunikan yang dimiliki oleh wanita Melayu di sekitar Kota Bharu ialah perhiasan emas memenuhi anggota badan. Selain itu, perhiasan emas adalah sebagai satu tradisi sejak dahulu lagi. Selain itu, perhiasan emas sebagai satu produk wanita Melayu Kota Bharu Kelantan.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 07 Mar 2019 04:07
Last Modified: 07 Mar 2019 04:07
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10196
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item