Satu kajian adaptasi dari teks ke filem Di Bawah Lindungan Ka'abah dan Laskar Pelangi

Nurul Amirah Azhar, (2018) Satu kajian adaptasi dari teks ke filem Di Bawah Lindungan Ka'abah dan Laskar Pelangi. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menyelesaikan segala permasalahan yang timbul daripada isu adaptasi novel ke filem berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada sumber-sumber tertentu tidak kiralah samada daripada sumber utama ataupun primer seperti soal selidik, temu bual dan pemerhatian mahupun juga dari sumber sekunder seperti kajian lepas, rujukan perpustakaan dan carian internet yang menggunakan metodologi ataupun kaedah kajian yang betul seperti kaedah kajian secara gabungan antara kuantitatif dan juga kualitatif untuk mendapatkan maklumat yang mempunyai kualiti yang tepat dan tidak boleh disangkal kesahihan ataupun kenyataannya. Kesemua hasil analisis kajian ini juga dibuat adalah berdasarkan kepada teori yang bersesuaian seperti teori adaptasi. Hasil daripada dapatan kajian dan juga analisis data yang telah dilakukan,didapati sememangnya hubungan yang terjalin di antara dua medium yang berbeza iaitu sastera dan perfileman berlaku adalah disebabkan proses adaptasi dan ianya ternyata amat selari. Berkenaan dengan faktor-faktor kegagalan adaptasi,pada dasarnya adaptasi bukanlah sebuah kegagalan jika ia tidak berjaya mengekalkan struktur asal sesebuah karya penulisan ataupun teks sastera. Namun sememangnya konsep adaptasi sebegitu yang mana jika berbalik semula kepada definisi asal adaptasi yang mana adaptasi itu sendiri merujuk kepada suatu pengubahsuaian, oleh itu tidak hairanlah jika adaptasi tidak mengekalkan struktur asal sesebuah karya asal penulisan kerana sememangnya sifat adaptasi adalah untuk melakukan pengubahsuaian.Lagipula hasil adaptasi adalah suatu perkara yang baharu yang mana tidak lagi merujuk kepada perkara yang lama. Oleh itu, ia adalah suatu yang lain yang bebas dengan gayanya yang tersendiri yang tidak sepatutnya dilabelkan sebagai suatu kegagalan kerana berlakunya pengubahsuaian dari aspek struktur sesebuah naratif penceritaan. Manakala kesan adaptasi pula lebih terarah kepada kesan yang positif bagi kedua-dua bidang.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 07 Mar 2019 04:18
Last Modified: 07 Mar 2019 04:18
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10189
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item