Keunikan seni bina Istana Jahar dan kepentingannya kepada industri pelancongan di Kelantan

Nur Nasiha Muhamad Hasani, (2018) Keunikan seni bina Istana Jahar dan kepentingannya kepada industri pelancongan di Kelantan. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini adalah tentang keunikan seni bina yang terdapat pada bangunan bersejarah iaitu Istana Jahar. Istana Jahar telah dibina sepenuhnya dengan menggunakan kayu pada tahun 1837-1886 semasa pemerintahan Sultan Muhammad II.Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti setiap keunikan atau keistimewaan yang terdapat di dalam bangunan bersejarah atau muzium tersebut yang mampu meningkatkan pemasaran industri pelancongan di Kelantan. Hal ini demikian kerana dengan adanya kewujudan bangunan bersejarah yang unik dan mempunyai nilai estetika, ia mampu meningkatkan ekonomi dan industri pelancongan di Kelantan yang semakin berkembang selain dapat mengkaji sejauhmana tarikan warisan budaya dapat mempengaruhi para pelancong yang datang ke negeri ini. Tambahan lagi, bagi mencapai setiap objektif kajian yang dilakukan, alat kajian kualitatif telah digunakan seperti pemerhatian, temubual dan perbandingan dengan kesemua muzium bagi mengenalpasti setiap keunikan yang diterapkan dan penerimaan para pelancong terhadap bangunan tersebut.Hasil daripada setiap dapatan kajian akan di analisis untuk memperolehi setiap maklumat dan data yang lengkap. Kesimpulannya,dengan adanya keunikan yang berbeza dengan bangunan bersejarah yang lain, Istana Jahar mampu membangunkan industri pelancongan di Kelantan dan mampu untuk terus berkembang dengan maju.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 07 Mar 2019 04:20
Last Modified: 07 Mar 2019 04:20
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10186
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item