Struktur seni persembahan Mak Yong di Gunong, Bachok.

Norafifah Binti Saat, (2014) Struktur seni persembahan Mak Yong di Gunong, Bachok. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini adalah mengkaji mengenai seni persembahan Mak Yong yang dipersembahkan oleh kumpulan Mak Yong di Gunong, Bachok.Kajian yang dijalankan ini hanya memberi fokus terhadap struktur seni persembahan Mak Yong yang dipertontonkan oleh kumpulan tersebut serta peranan watak utama dalam sesebuah persembahan Mak Yong.Kaedah yang telah digunakan untuk melakukan kajian ini adalah gabungan diantara tiga kaedah iaitu kaedah dokumentasi,kaedah temubual dan juga kaedah pemerhatian. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah analisis data kualitatif dan dihasilkan ke dalam bentuk penulisan.Hasil daripada analisis kajian mendapati bahawa struktur seni persembahan Mak Yong adalah dimulakan dengan lagu bertabuh.Namun begitu,pada masa sekarang seni persembahan Mak Yong adalah dimulakan dengan upacara buka panggung kerana persembahan Mak Yong yang dipertontonkan sekarang akan digabungkan dengan Main Pteri yang bertujuan untuk mengubati orang sakit.Peranan watak utama juga adalah penting dalam sesuatu persembahan Mak Yong kerana watak- watak tersebut adalah sebagai tulang belakang sesebuah persembahan.Hasilnya,kajian ini akan dapat memberi kefahaman tentang struktur seni persembahan Mak Yong untuk mengetahui lebih jelas mengenai struktur yang digunakan dalam persembahan Mak Yong.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 17 Mar 2019 04:55
Last Modified: 19 Mar 2019 05:13
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10171
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item