Mohammad Khairul Bin Mohd Shukri, (2014) Animasi infografik sejarah perkembangan Makyung di Kelantan. [Undergraduate Final Year Project Report]
Full text not available from this repository.Abstract
Penyelidikan yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan sejarah perkembangan Makyung di Kelantan melalui animasi infografik.Sejarah perkembangan Makyung di Kelantan merupakan sesuatu yang penting kepada masyarakat Melayu.Hal yang demikian kerana warisan ini adalah satu tradisi oleh masyarakat terdahulu dan mempunyai nilai-nilai yang unit patut kita ketahui.Kewujudan warisan ini juga melambangkan budaya dan tradisi sesuatu tempat. Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan warisan tradisional terutamanya Makyung.Ramai yang sudah tahu kewujudan Makyung di Kelantan.Namun begitu,masih ada yang belum mengetahui kewujudan asal usul Makyung.Oleh itu,bagi mengekalkan warisan ini ke tahap yang lebih tinggi,animasi infografik akan digunakan sebagai medium penyampaian dan ini akan memberi maklumat serba sedikit sejarah perkembangan Makyung di Kelantan.Hal ini kerana,animasi infografik mampu menarik minat audiens memandangkan ianya melibatkan gabungan elemen-elemen reka bentuk yang terdiri daripada animasi,grafik,audio,teks dan video.Kesemua elemen ini akan digabungkan untuk membentuk sebuah animasi infografik yang lengkap yang mana disokong oleh warisan gamelan melayu sebagai muzik latar.
Item Type: | Undergraduate Final Year Project Report |
---|---|
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR |
Faculty: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
Depositing User: | Mr. Mohd. Fadzli Ismail |
Date Deposited: | 17 Mar 2019 04:56 |
Last Modified: | 19 Mar 2019 05:14 |
URI: | http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10170 |
Repository Statistic: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |