Keberkesanan reka bentuk ebook untuk pemasaran keropok lekor di Kuala Besut

Rohayu Binti Abdullah, (2014) Keberkesanan reka bentuk ebook untuk pemasaran keropok lekor di Kuala Besut. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Tesis berkaitan Keberkesanan rekabentuk ebook untuk pemasaran keropok lekor di Kuala Besut ini bertujuan membangunkan e-book dan memberi fokus terhadap penggunaan reka bentuk yang sesuai dalam penghasilan ebook untuk pemasaran keropok lekor di Kuala Besut pada masa sekarang.Ebook ini sebagai medium penyampaian maklumat dalam pemasaran.Kajian telah dijalankan di Kuala Besut berdasarkan kepada permasalahan yang dihadapi.Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Persadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) dan Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) dalam tempoh 2004,IKS hanya mengeksport 264 darcada jumlah keseluruhan pengeluaran mereka (Laporan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia 2004).Mereka tidak mampu memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat kerana teknologi pemasaran yang masih menggunakan konsep manual kerana ketiadaan promosi yang lebih efektif dalam pemasaran serta cara penyampaian maklumat yang kurang efisien.Oleh itu,penggunaan rekabentuk e-book yang sesuai akan dapat membantu pengusaha memasarkan keropok lekor dengan lebih menarik dan berkesan.Melalui e-book juga pelanggan mampu mendapat lebih informasi tentang keropok lekor.Ebook ini bukan sahaja tertumpu kepada pasaran tempatan malahan ia juga turut digunakan oleh negara luar.Hal ini membolehkan ebook digunakan oleh usahawan untuk memperluaskan perniagaan mereka walaupun jarak jauh.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 17 Mar 2019 04:54
Last Modified: 19 Mar 2019 05:14
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10167
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item