Perkembangan seni persembahan dikir barat di Kelantan

Noor Adeny Binti Muhamad Rosli, (2014) Perkembangan seni persembahan dikir barat di Kelantan. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Dikir Barat sememangnya merupakan salah satu seni persembahan yang popular dari negeri Kelantan dan merupakan antara seni warisan yang masih bertahan sehingga ke hari ini.Tidak dinafikan,melalui perkembangan media juga secara tidak langsung telah menaikkan nama Dikir Barat sehinggakan telah dijadikan salah satu pertandingan oleh pihak kerajaan.Objektif yang akan dikaji ialah mengenalpasti aspek-aspek dan faktor-faktor perkembangan seni persembahan Dikir Barat di Kelantan seperti aspek corak persembahan,kostum,lagu,peralatan muzik,improvasi badan yang menarik atau gerak tari.Kaedah kajian yang telah dipilih ialah dokumentasi dan temubual daripada empat orang minforman untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai perkembangan dalam seni persembahan Dikir Barat.Dapatan kajian dan analisis berdasarkan aspek yang signifikan dalam persembahan Dikir Barat iaitu corak persembahan,kostum,lagu,peralatan muzik,improvasi badan yang menarik atau gerak tari. Kajian ini dapat mengenalpasti perkembangan seni persembahan Dikir Barat daripada dahulu sehingga kini.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: M Music and Books on Music > M Music
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 18 Mar 2019 08:40
Last Modified: 19 Mar 2019 05:10
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10166
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item