Ciri-ciri rumah tiang dua belas di negeri Kelantan

Siti Aishah Binti Suhaimi, (2015) Ciri-ciri rumah tiang dua belas di negeri Kelantan. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Nilai sejarah senibina Warisan Melayu di negeri Kelantan wajar dijadikan salah satu teras atau wadah pembangunan senibina kebangsaan.Ini adalah kerana nilai sejarahnya mempunyai unsur kesinambungan terhadap latar masa dan tempat dimana senibina itu lahir daripada budaya masyarkat yang mengamalkannya. Senibina di negeri kelantan banyak dipengaruhi oleh senibina dari Siam yang dibawa oleh pedagang-pedagang.Maka,bentuk rumahnya mengekalkan tradisi turun-temurun nenek moyang mereka.Tujuan kajian Untuk mengenalpasti ciri-ciri rumah Tiang Dua Belas di negeri Kelantan.Mendokumentasi ciri-ciri Rumah Tiang Dua Belas di negeri.Mengenalpasti akan keistimewaan ciri-ciri Seni Bina Rumah Tiang Dua Belas Di Negeri Kelantan.Disamping itu,menerangkan tentang definisi,aspek-aspek,teori dan juga penemuan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian tentang Ciri-Ciri Rumah Tiang Dua di Negeri Kelantan.Kaedah-kaedah yang telah dibuat ialah temu bual,tinjauan,perpustakaan,pemerhatian,alat bantu,sumber internet dan sebagainya.Dengan itu,segala maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini akan dinilai dan dianalisis mencapai objektif seperti mana yang dikendaki dalam tajuk kajian.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 18 Mar 2019 08:45
Last Modified: 19 Mar 2019 05:05
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10164
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item