Peranan main puteri dalam upacara perubatan tradisional masyarakat melayu di Bachok, Kelantan

Norhibayu Rashid, (2014) Peranan main puteri dalam upacara perubatan tradisional masyarakat melayu di Bachok, Kelantan. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Main Puteri adalah salah satu cara perubatan tradisional yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya di Kelantan sejak zaman dahulu sehingga kini.Ia berfungsi sebagai ikhtiar rawatan terhadap penyakit jasmani dan juga rohani yang dihidapi oleh tubuh badan manusia.Umumnya cara perubatan main puteri dilakukan di ruang yang terbuka dan dipersembahkan di hadapan khalayak ramai.Oleh itu,kajian ini menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah temubual dan pemerhatian.Jika diperhatikan, persembahan main puteri melibatkan penggunaan alat-alat muzik tradisional.Cara perubatan main puteri pula melibatkan hubungan komunikasi dua hala antara alam nyata dan alam ghaib.Sehubungan itu,untuk mengetahui punca- punca penyakit yang dihidapi oleh pesakit,pelbagai cara digunakan oleh tok teri untuk melihat jenis penyakit seperti melalui mantera memujuk kuasa spiritual yang dikatakan menjadi punca seseorang itu jatuh sakit.Justeru itu,artikel ini membincangkan berkaitanperanan main puteri dalam upacara perubatan tradisional masyarakat melayu di Bachok,Kelantan.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 25 Feb 2019 03:19
Last Modified: 25 Feb 2019 03:33
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10162
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item