Pembungkusan kuih tradisional bahulu di Kelantan dan keberkesanannya kepada pengguna luar Kelantan

Nadiatul Sarah Binti Azahari, (2013) Pembungkusan kuih tradisional bahulu di Kelantan dan keberkesanannya kepada pengguna luar Kelantan. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Kuih bahulu adalah makanan tradisional yang biasanya dihidangkan pada musim perayaan dan majlis-majlis tertentu pada zaman dahulu.Produk ini mempunyai sifat mudah hancur dan lembut.Namun begitu,pembungkusan yang sedia ada di pasaran kini tidak menepati ciri-ciri pembungkusan produk ini untuk melindunginya daripada rosak dan ini merupakan faktor utama produk kuih bahulu ini tidak dapat dipasarkan ke peringkat yang lebih luas. Oleh hal yang demikian,struktur pembungkusan yang stabil dan kukuh diperlukan untuk melindungi fizikal produk yang mudah rosak dan hancur semasa proses jual beli dan penghantaran dilakukan.Seperti yang kita sedia maklum, aspek pembungkusan merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian kerana aspek pembungkusan (Packaging) merupakan P yang kelima dalam Marketing Mix selepas 4P (Product, Price, Place, Promotion) yang lazimnya dipraktikkan di dalam strategi pemasaran. Rekabentuk permukaan pembungkusan yang baik yang menerapkan nilai-nilai element of design dan gambaran sebenar produk dapat memberikan nilai keindahan (esthetica) pada keseluruhan rupa pembungkusan.Secara tidak langsung,ianya dapat mempertingkatkan jualan sesuatu barangan serta menanamkan kesetiaan pengguna terhadap sesuatu produk tersebut.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 18 Mar 2019 08:41
Last Modified: 19 Mar 2019 05:06
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10160
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item