Merekabentuk kotak minuman susu kambing : keberkesanan terhadap industri kecil dan sederhana

Mohd Zairul Nizam Mat Saat, (2015) Merekabentuk kotak minuman susu kambing : keberkesanan terhadap industri kecil dan sederhana. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Penyelidikan ini dihasilkan bertujuan untuk mempromosikan minuman susu kambing melalui merekabentuk kotak minuman yang belum terdapat dalam pasaran. Menurut Nigel Theobald and Belinda Winder dalam buku penulisan mereka bertajuk Packaging Closures and Sealing Systems. Istilah 'kotak minuman' pada asalnya digunakan melalui penggunaan bahan kertas yang dilengkapi dengan hujung logam. Kotak minuman telah dibangunkan dalam tahun 1903 di Amerika Syarikat dan Jerman untuk menggantikan botol kaca untuk bungkusan susu segar.Kotak minuman menggunakan 85% papan kertas. Oleh itu,bahan yang digunakan adalah mesra alam dimana boleh dikitar semula. Kegunaan pembungkusan kotak minuman amat penting untuk mengekalkan jangka hayat minuman tersebut. Kotak minuman juga dapat melindungi daripada biological, fizikal, microbial, campuran kimia,wap air dan pencahayaan.Kajian akan dilakukan untuk mencari reka bentuk dan rekaan corak yang mampu menarik pengguna. Kajian ini akan merangkumi elemen yang harus terdapat dalam sesebuah minuman kotak seperti penggunaan warna, tipografi dan imej yang sesuai. Kajian ini penting untuk menggalakkan penggunaan produk yang berasaskan susu kambing sebagai minuman susu berkhasiat kedua terbaik selepas susu ibu. Tanpa ketiadaan pembungkusan susu kambing dalam bentuk kotak, industri kecil dan sederhana tidak akan dapat mengkomersialkan produk tersebut ke peringkat lebih tinggi.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 23 Apr 2019 02:12
Last Modified: 23 Apr 2019 02:12
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10159
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item