Merekabentuk meja makan yang menjimatkan ruang di restoran

Wan Muhammad Khairi Wan Adnan, (2015) Merekabentuk meja makan yang menjimatkan ruang di restoran. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Pada masa sekarang,perkembangan rekabentuk perabot dalam dunia ini berlaku amat pantas sekali. Pelbagai ciptaan dan rekabentuk perabot telah lahir kedunia ini yang datangnya daripada pemikiran yang kreatif para pereka dalam dunia ini terutamanya dari Barat seperti Itali. Namun begitu,ini tidak boleh dijadikan alasan bagi pereka daripada Asia terutamanya Malaysia untuk memajukan diri dalam industri ini. Pelbagai masalah di sekeliling yang dapat kita lihat dan kaji untuk mendapatkan penyelesaiannya.Antara masalah yang memerlukan penyelesaian yang saya dapati adalah jenis meja makan yang tidak sesuai meyebabkan kepadatan meja makan di restoran yang mempunyai ruang yang terhad dan ramai pelanggan terutamanya waktu puncak yang menggangu pergerakan dan keselesaan pelanggan. Sikap ketamakan pemilik restoran yang mementingkan keuntungan dan membelakangi keselesaan pelanggan di restorannya boleh mendatangkan pelbagai reaksi pelanggan terhadap layanan yang diberi. Penciptaan meja makan mudah alih yang boleh dikecilkan saiznya boleh mengatasi masalah ini. Meja makan yang boleh dilipat dan dikecilkan dilihat mampu mengatasi masalah ini kerana ia dapat memberi lebih ruang dalam sesebuah restoran yang terhad ruangnya kerana kebiasaannya meja makan yang terdapat di sesebuah restoran tidak beberapa sesuai untuk jumlah pelanggan yang menggunakannya kerana adakalanya meja yang besar hanya digunakan seorang pelanggan sahaja dan ini akan mempengaruhi ruang dalam restoran itu terutamanya di waktu tumpuan.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > NB Sculpture
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 23 Apr 2019 02:13
Last Modified: 23 Apr 2019 02:13
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10158
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item