Penerbitan majalah digital sukan untuk golongan muda

Yus Amirul Azam Che Yusof, (2015) Penerbitan majalah digital sukan untuk golongan muda. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada penerbitan digital majalah sukan untuk golongan muda (majalah Dunia Warriors). Kini dalam era penerbitan elektronik, media majalah telah mengalami perubahan yang cepat dan mendadak dalam penerbitan buku majalah. Kemunculan teknologi buku iaitu majalah digital interaktif ini secara berperingkat telah memberi kesan kepada buku cetakan tradisional. Hal ini kerana penerbitan elektronik semakin diterima perhatian dalam industri media kerana upaya mereka untuk menarik pembaca melalui kandungan interaktif, tanpa melibatkan kos yang tinggi dalam pengeluaran dan pengedaran sebagaimana majalah tradisional. Majalah Dunia Warriors ini merupakan majalah rasmi Kelantan FA dan akan diterbitkan secara bulanan. Majalah ini telah dihentikan penerbitannya pada tahun 2013. Bagi menghidupkan kembali zaman kegemilangan majalah tersebut pengkaji mengambil inisiatif untuk menerbitkan majalah Dunia Warriors ke dalam digital aplikasi yang mana pengaruh majalah digital dilihat sebagai satu penerbitan yang tepat untuk memperkenalkan balik jenama Warriors ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi memberi nafas yang baru untuk majalah ini pengkaji mengambil langkah untuk mendigitalkan majalah ini ke dalam smartphone dengan isi kandungan interaktif untuk menarik minat golongan muda di samping mempromosikan pasukan Kelantan ke mata dunia. Objektif dalam kajian ini adalah lebih tertumpu kepada untuk menggalakkan budaya membaca khususnya dalam golongan muda, seterusnya melihat dan menghidupkan kembali majalah ini yang suatu ketika dahulu sangat laris dipasaran. Majalah digital ini lebih menarik minat pembaca kerana mudah di akses di mana-mana sahaja. Selain itu pengguna akan tertarik dengan isi kandungan interaktif yang disediakan di dalam majalah tersebut. Penerbitan dalam elektronik ini lebih memudahkan dan mesra pengguna.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: L Education > L Education (General)
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 23 Apr 2019 02:27
Last Modified: 23 Apr 2019 02:27
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10157
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item