Penerapan ciri-ciri warisan melayu dalam rekabentuk perabot hotel

Muhammad Hakimi Bin Mohamed Suji, Penerapan ciri-ciri warisan melayu dalam rekabentuk perabot hotel. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Reka bentuk perabot hotel yang diterapkan unsur warisan di dalam sebuah rekaan merupakan tajuk kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji.Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk unsur warisan dalam rekaan perabot hotel atau meja kopi dikhaskan pada bahagian lobi.Penerapan unsur reka bentuk gasing adalah untuk menggambarkan identiti warisan melayu seperti kita sedia maklum selain wau bulan,gasing juga merupakan permainan tradisi orang melayu di Kelantan,maka penerapan elemen gasing bertepatan dengan objektif utama kajian iaitu untuk menghasilkan satu perabot hotel yang beridentitikan warisan melayu.Hal ini penting kerana secara tidak langsung dapat menunjukkan warisan tradisional melayu kepada orang ramai termasuk pelancong asing kerana hotel merupakan tempat persinggahan,tambahan pula Kelantan ini merupakan salah satu tempat pelancongan di Malaysia dan menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun pelancong asing.Keadaan ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan keunikan warisan tradisional melayu kepada mereka semua.Kaedah yang digunakan dalam proses mereka bentuk perabot meja kopi ialah mengambil dari bentuk sebuah gasing.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > NB Sculpture
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 18 Mar 2019 08:46
Last Modified: 19 Mar 2019 05:04
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10152
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item