Merekabentuk alat bantuan menukar tayar kereta khusus pada wanita

Nur Azyyati Mohd Yusoff@Ramli, (2015) Merekabentuk alat bantuan menukar tayar kereta khusus pada wanita. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Dewasa ini, industri automotif berkembang dengan begitu pesat kerana kenderaan seperti kereta, van dan sebagainya telah menjadi satu keperluan pengangkutan yang penting dalam kehidupan manusia.Oleh hal yang demikian, dengan berkembangnya industri automotif ini, secara langsung atau tidak langsung telah menyebabkan berlakunya perkembangan dalam bidang alatan untuk bantuan baikpulih dan penyelenggaran kenderaan. Dalam kerja penyelenggaran kenderaan, kita memerlukan pelbagai peralatan yang sesuai dan mencukupi bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan berjalan dengan sempurna. Oleh itu,segala peralatan yang digunakan hendaklah selamat dan mudah digunakan serta menjimatkan masa, khasnya dalam kerja-kerja yang perlu dilakukan secara bersendirian. Tidak dapat dinafikan masa memainkan peranan yang penting dalam menjalankan pembaikpulihan kenderaan terutamanya ketika berlakunya kebocoran pada tayar kenderaan. Jika ianya berlaku semasa dalam perjalanan serta jauh dari bengkel, maka pemandu akan menghadapi masalah. Oleh hal yang demikian,fokus utama yang ingin dilakukan bagi projek ini ialah merekabentuk sebuah alat bantuan menggantikan tayar kereta bagi kegunaan masyarakat, khususnya bagi golongan wanita.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 23 Apr 2019 04:09
Last Modified: 23 Apr 2019 04:09
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10151
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item