Memperkenalkan alat seni muzik warisan melalui buku ejaan kanak-kanak

Mohd Redza Alfiz Bin Mutti, (2015) Memperkenalkan alat seni muzik warisan melalui buku ejaan kanak-kanak. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Variasi seni muzik warisan di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini.Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu,Cina,India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain. Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Pelbagai muzik tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia bahkan Sabah dan Sarawak.Kajian ini dijalankan kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang sudah melupakan alatan muzik ini.Kajian ini juga dijalankan untuk memperkenalkan semula alat muzik ini melalui buku ejaan kanak-kanak. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui soal selidik dan juga melalui kaedah kualitatif iaitu pemerhatian dan temu bual. Buku ejaan kanak-kanak ini menggunakan gambar alat muzik sebagai penarik minat kanak-kanak untuk mendekati buku ini. Rekabentuk dalaman buku ini menggunakan warna biru dan merah kerana ianya mewakili kanak-kanak lelaki dan perempuan.Selain itu,tipografi yang digunakan adalah Century Goathic.Tipografi ini merupakan tipografi yang sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya senang untuk dibaca.Rekabentuk yang dihasilkan akan dapat memberi gambaran yang jelas kepada kanak-kanak supaya mereka lebih mudah untuk mengingati gambar tersebut.Oleh itu, diharapkan penghasilan buku ejaan kanak-kanak ini dapat membantu untuk memperkenalkan semula alatan seni muzik warisan kepada generasi moden pada masa kini agar ia tidak pupus ditelan zaman.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: M Music and Books on Music > M Music
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 17 Mar 2019 04:49
Last Modified: 19 Mar 2019 05:19
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10148
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item