Kajian visual berkaitan dengan kempen kesedaran denggi terhadap masyarakat

Suhaida Binti Jaafar, (2015) Kajian visual berkaitan dengan kempen kesedaran denggi terhadap masyarakat. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian yang telah dijalankan adalah berkaitan dengan kempen kesedaran denggi.Kajian ini menggunakan pendekatan kempen melalui poster bagi menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran kepada masyarakat akan isu yang semakin membimbangkan ini.Berpandukan kepada statistik terkini (24 Jun 2015) dari bilik gerakan denggi kebangsaan,Kementerian Kesihatan Malaysia,jumlah terkumpul kes denggi sehingga 20 Jun 2015 ialah 53,823 dengan 158 kematian berbanding tahun sebelumnya jumlah terkumpul sebanyak 40,208 kes dengan 78 kematian. Peningkatan kes denggi yang amat ketara ini sangat membimbangkan,walaupun melalui pemerhatian penyelidik, pihak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan telah berusaha memberi kesedaran kepada masyaraka.Kita telah sedia maklum bahawa kempen kesedaran denggi ini telah pun dilakukan melalui seluruh media yang ada,sama ada elektronik,cetak,dan lain-lain.Di atas kesedaran tentang bahayanya denggi ini,pengkaji ingin turut serta menyumbang untuk merekabentuk poster denggi untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Dengan itu,pengkaji mengkaji poster yang dapat menarik minat masyarakat dan sekaligus dapat memberikan impak kesedaran kepada masyarakat.Seterusnya,elemen-elemen yang diterapkan pada poster yang dihasilkan dilihat mempunyai potensi untuk menarik perhatian serta memberikan maklumat dan kesedaran kepada masyarakat.Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang dalam bidang komunikasi visual, penyelidik mengambil tanggungjawab untuk menyampaikan isu semasa ini dalam bentuk poster.Selari dengan kajian yang telah dijalankan untuk memenuhi objektif kajian ini.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: L Education > L Education (General)
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 17 Mar 2019 04:48
Last Modified: 19 Mar 2019 05:19
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10147
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item