Nilai-nilai disiplin dalam seni persembahan Menora.

Razali Ahmad Saiful Azmi, (2014) Nilai-nilai disiplin dalam seni persembahan Menora. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.

Abstract

Seni persembahan tarian menora merupakan salah satu daripada kesenian warisan yang masih terdapat di negeri Kelantan.Kajian ini telah menumpukan perhatian terhadap nilai-nilai disiplin dalam seni persembahan Menora. Manakala objektif kajian ini khusus kepada disiplin dan nilai-nilai disiplin yang terdapat dalam kesenian ini. Masyarakat masih lagi menganggap persembahan Menora yang dipersembahkan tidak menarik dan tidak dapat memberi apa-apa kesan kepada mereka.Hal ini disebabkan oleh mereka tidak tahu nilai-nilai disiplin yang terdapat dalam seni persembahan Menora tersebut. Justeru itu,nilai-nilai disiplin perlu diketengahkan untuk memastikan seni persembahan ini dapat dipersembahkan oleh generasi akan datang dan memberi input positif kepada semua lapisan masyarakat akan nilai-nilai disiplin yang ada pada seni persembahan Menora ini. Pendekatan yang digunakan untuk menghasilkan kajian ini adalah menggunakan kaedah kajian perpustakaan, temu bual, pemerhatian dan dokumentasi.Tambahan lagi, hasil daripada input nilai disiplin tadi dapat memastikan seni persembahan ini dijaga dan kekal dimainkan walaupun melalui proses pertembungan budaya yang panjang dan melalui input ini juga boleh mempengaruhi masyarakat untuk memastikan kesenian ini kekal sebagai produk pelancongan. Seni persembahan ini harus memerlukan penjagaan yang sempurna untuk memastikan keaslian dan keunikan tarian ini terus berkekalan untuk dijadikan sumber kepada generasi akan datang. Hasil kajan telah merungkai pelbagai nilai disiplin yang boleh diguna pakai. Tambahan pula, diharapkan kajian ini dapat membantu seni persembahan Menora supaya tidak mengalami kepupusan dan menjadi aset daya tarikan pelancong ke negara kita.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: M Music and Books on Music > ML Literature of music
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 07 Mar 2019 04:02
Last Modified: 07 Mar 2019 04:02
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10128
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item